Usahawan Golongan Pelik dan Luar Biasa

Usahawan berjaya sebenarnya adalah golongan yang pelik dan luar biasa. Saya tak nak komen pasal diri saya sebab orang terdekat saya lebih tahu pasal tu.

Sepanjang saya mengendalikan Jootawan, saya berpeluang berjumpa, berkenalan dan bersahabat dengan ramai usahawan hebat. Banyak nama yang anda puja, saya kenal secara peribadi.

Samada mereka menjadi jemputan saya dalam event anjuran saya / mereka pernah satu stage dengan saya / team saya pernah temubual mereka untuk cerita dalam Majalah Jootawan / mereka buat buku dengan saya.

Kebanyakan usahawan tidak mempunyai prinsip dan pendirian yang sama dengan usahawan yang lainnya. Pandangan setiap usahawan juga berbeza mengikut acuan bagaimana seseorang usahawan itu membangunkan bisnes mereka.

Kalau lah setiap usahawan mempunyai pendapat dan prinsip yang sama, anda hanya akan guna Microsoft. Tiada lah Apple. Anda hanya akan memakai Nike, kerana tiada Adidas. Mungkin semua hanya akan pakai Nokia kerana tiada Apple dan Samsung.

Banyak kali orang tanya saya, mana satu seminar Internet Marketing paling bagus. Jootawan, atau seminar lain? Buku bisnes mana patut mereka baca, buku terbitan Jootawan Books atau penerbit lain?

Ada 2 perkara yang saya nak kongsikan disini.

Sebagai usahawan Islam, bila ditanya soalan begini (atau jika tak ditanya sekali pun), janganlah memburukkan usahawan atau prinsip orang lain yang tak sama macam cara kita. Cara barat, mereka memang banyak memburukkan pesaing mereka atau cara orang lain yang tak sama dengan cara mereka. Banyakkanlah bersangka baik sesama usahawan. Saya sendiri hanya akan cakap “anda akan tahu bila anda dah masuk semua seminar yang ada dan ianya hampir mustahil. Ianya tentang anda (90%), bukan tentang seminar yang anda join (10%)”.

Bagi mereka yang baru nak jadi usahawan pula, ikut saja lah mana-mana pendapat yang anda rasakan sesuai dengan diri anda. Jangan jadi macam ‘minions’. Jangan jadi jenis ikut-ikutan atau fanatik sangat dengan sesuatu. Dalam Islam kita diajar mengikut Al-Quran dan Sunnah dan tidak digalakkan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.

Ukur baju dibadan sendiri. Bukan ukur baju dibadan tukang ukur atau badan kawan anda. Nasihat saya mungkin berguna untuk anda, tetapi tidak buat kawan anda. Dan begitulah sebaliknya.

Komen