Rugi Beratus Ribu Dalam Marketing Tetapi Untung

Marketing adalah jantung bagi setiap perniagaan. Tanpa sebarang usaha pemasaran, sia-sia saja lah sesebuah bisnes. Malangnya, ramai peniaga baru tidak menitikberatkan soal marketing. Mereka lebih tertumpu pada soal produk. Habis semua bajet dikeluarkan untuk menghasilkan produk. Ini berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya adalah, mereka tak tahu nak buat marketing, atau mereka takut rugi dalam membuat pemasaran.

Sepanjang pengalaman saya menjalankan bisnes, dah bermacam-macam kaedah pemasaran yang saya gunakan. Cakap saja teknik pengiklanan Internet, akhbar, TV, radio, banner, flyers, bunting, cross channel, media sosial, dan macam-macam lagi lah hampir semua saya pernah cuba.

Ada sekali tu saya mendengar talk daripada seorang konsultan pemasaran ni. Dia ada berkongsi pengalaman dia dalam memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat besar dalam portfolio dia seperti Maggi, Nestle, dan banyak lagi. Kalau kita tengok, syarikat-syarikat besar ni macam selamba je iklan sana-sini. Untung ke iklan yang mereka buat?

Bila kita cakap soal pemasaran, kita perlu sedar kita perlu membelanjakan ‘sesuatu’ untuk membuatkan orang tahu pasal bisnes dan produk kita. Samada kita membelanjakan wang ringgit, masa, atau kreativiti.

Sepanjang pengalaman saya, buat pemasaran ni tidak pernah rugi. Samada kita untung sikit atau untung banyak. Pernah satu ketika saya belanjakan duit yang banyak untuk gantung banner. Dalam masa hanya beberapa hari saja, banner tu dah ditanggalkan. Beribu saya habis untuk pasarkan produk cara tu. Bila tanya balik kepada peserta seminar, tak ada siapa pun yang hadir kerana nampak banner saya. Namun selepas beberapa bulan, ada yang datang untuk membeli buku pula kerana pernah ternampak jenama saya di banner.

Lebih kurang sama kes nya dengan iklan di TV. Kami berbelanja hingga ratusan ribu ringgit untuk keluar iklan di TV. Boleh kata conversion daripada iklan ini hampir 0% kerana kita tidak mendapat targeted prospect. Namun selepas beberapa ketika, setiap kali saya buat networking dengan usahawan ternama, rata-rata mereka pernah nampak jenama saya di TV dan langsung memudahkan proses kerjasama.

Ada banyak lagi kes yang lebih kurang begini. Kita mungkin tak dapat nampak impak yang segera. Kita juga mungkin tak dapat rasa pulangannya dalam bentuk wang ringgit. Tetapi pasti ada sesuatu yang kita akan ‘gain’ hasil daripada usaha pemasaran yang kita lakukan. Ilmu pemasaran perlu dipelajari untuk memaksimakan pulangan daripada setiap perbelanjaan pemasaran kita. Tanpa ilmu, anda akan untung sikit sangat. Jangan berkira dalam membuat marketing, tapi kena bijak dalam merencana strategi-strategi marketing.

Komen