Pesan Untuk Siswa Siswi Yang Mengikat Perut

Saya tumpang simpati dan kesian dengan siswa-siswi yang terpaksa mengikat perut sampai ada yang usus terkoyak.

Saya faham sangat keadaan tu kerana saya sendiri memang selalu ikat perut sejak zaman matrik lagi. Makan nasi putih dan kuah, serta minum air kosong tu dah jadi tabiat masa dulu.

Tapi dulu saya belajar minta tawar dengan pakcik kafe dan berbaik-baik dengan mereka yang berkerja di kantin. Biasanya kalau budak lain bayar RM3, saya tawar sampai dapat RM2.

Lepastu kalau waktu malam di matrik, saya tolong pakcik karipap jualkan karipap-karipap dia masa dia datang bilik saya untuk menjual. Dari situ pun dapatla juga dia belanja saya satu dua bungkus karipap untuk saya buat dinner.

Ingat lagi masa matrik dekat kafe B5, makcik kafe akan jual nasi goreng malam2. Saya akan cakap dengan dia untuk tolong dia jualkan sikit. Lepastu, dia belanja saya satu bungkus.

Bila dah masuk U pulak, saya gunakan pengalaman dan kreativiti saya pula untuk meniaga.

Budak U ada banyak fasiliti percuma. Saya sendiri pernah buat kertas kerja untuk gunakan padang dan bukit ekspo dan kemudian sewakan tapak padang tu kepada peniaga luar. Meniaga macam ni pun tak payah modal. Cuma kena rajin buat kertas kerja, contact MPP, pergi admin minta cop.

Masa zaman U la kalau nak buat duit tanpa modal. Banyak peluang meniaga sebenarnya. Gunakan masa sebaiknya. Saya dulu belajar landscape architecture memang masa sangat terhad tapi masa zaman U la saya paling banyak belajar skill pengurusan masa.

Akhir sekali, jangan hanya pandai bagi alasan. “Mana ada masa nak study”, “Susahla nak cari duit, nak belajar lagi”, “alaa..lecturer semua garang tak bagi meniaga laa..”

Percayalah kalau adik-adik dah banyak bagi alasan masa study dekat U, masa kerja nanti lagi lah bijak dalam memberi alasan.

Komen