Orang Melayu Mesti Nak Mula Bisnes Ni

Saya tengok ini antara bisnes popular di kalangan orang Melayu. Hampir semua orang yang nak terjun atau BARU NAK MULA ke bidang bisnes, mesti nak mulakan bisnes ni..

  • Produk kosmetik
  • Produk kesihatan
  • MLM
  • Seminar
  • Fesyen
  • Kedai Makan
  • Vape

Entah kenapa lah hampir semua orang Melayu nak buat bisnes ni. Trend? Ikut-ikutan? Tak ada idea?

Tahu tak yang ramai orang bisnes sedang bermasalah dalam industri-industri diatas? Orang dalam industri diatas pun rasa dan tau yang market size mereka tak cukup besar. But still, setiap hari berbondong-bondong orang Melayu start bisnes dalam industri diatas.

Habis tu nak meniaga apa Ammar?

Meh saya bagi sedikit idea yang banyak dikuasai orang bukan Melayu dan peluang nya besar.

  • Logistik. Instead of niaga makan, buka kedai delivery makan je.
  • Distributor. Instead of buat produk kesihatan, anda distribute je produk tu.
  • Importer. Import produk-produk dari luar negara, dan supply kepada distributor.
  • Elektrik. Jual barang-barang elektrik dengan harga rendah tapi berkualiti
  • Service. Jual service anda dan orang lain seperti service gunting rambut, mengecat, cleaning, etc
  • Platform. Instead of buat satu lagi produk makanan seperti sambal, kicap, rempah ratus, kerepek, etc, buat la satu platform untuk orang beli semua ni.

Dengan attitude dan mindset yang betul ambil je idea-idea yang saya bagi dan buat, insyaAllah berjaya

Komen