Marketing Tak Keluar Modal. Dapat Duit Lagi Tu..

Bagaimana Buat Marketing TANPA KELUAR MODAL malah DAPAT DUIT Lagi! Ada ke?

Saya dah jarang update pasal marketing atau online marketing sebab saya rasa banyak dah sifu/otai/pakar yang mengajar pasal marketing. Di Jootawan saja dah ramai trainer-trainer yang bagus-bagus dan boleh mengajar online marketing khususnya.

Channel telegram pun ada di SINI

Hari ni saya nak share cara marketing yang tak ramai orang guna. Caranya adalah dengan…

Menulis buku..

Ya, menulis buku tak perlu keluar modal. Anda boleh tulis pasal perniagaan anda, pasal kepakaran anda, pasal produk anda. Dan hantar pada penerbit.

Selepas anda hantar kepada penerbit, penerbit akan bantu anda menyusun ayat-ayat anda, merekabentuk cover buku dan isi dalam buku, malah lebih best lagi mereka akan mempromosikan buku dan diri anda!

Tanpa anda perlu bayar sesen pun kepada mereka!

Apa modal anda? Hanyalah masa yang diperuntukkan untuk menulis..

Sebab tu saya suka menulis buku. Nak kata tulis buku ni boleh jadi kaya, susah la. Memang ada beberapa kawan dan kenalan saya yang kaya raya dengan hanya menulis buku. Tapi bagi mereka yang tak minat menulis macam saya ni, niat tulis buku sebenarnya hanya untuk marketing.

Kalau kita tulis ebook atau self publish buku sendiri, kita kena keluar modal design, promosi, dan mcm2 lagi. Hasil jualan belum tentu capai target kita.

Tapi kalau penerbit yang terbitkan, walaupun kita dah tentu tak perlu keluar modal. Kita siap boleh letak link ke website, facebook, landing page, dan nak kumpul leads pun boleh.

Salah satu cara saya menjual tanpa keluar modal promosi adalah dengan cara menulis buku dengan Jootawan Books.

Ok lah, kalau siapa berminat nak terbit buku dengan Jootawan Books, boleh PM di page Jootawan Books

Komen