Macam Mana Nak Buat SALES Kalau Kita Tak Pandai Buat SALES?

Dalam bisnes, sales adalah penggerak bisnes kita. Produk bagus mana pun, tapi kalau tak ada sales, bisnes akan tutup juga akhirnya. Perlu ke CEO pandai buat sales? Adakah Bill Gates, Richard Branson, Drew Houston (Dropbox) pandai buat sales?

1. Hire yang pandai

Ya, bos kena pandai dapatkan fund tetapi tidak wajib tahu buat sales. Kita boleh hire staf yang power dalam bidang sales. Saya akan cakap panjang lebar dalam hiring tapi nak mudah buat sales, cari staf yang memang dah pandai buat sales.

2. Outsource ke consultant/agensi

Kebanyakan syarikat-syarikat besar macam Apple, HP, Nestle, mereka ada mengupah agensi dan consultant untuk mempromosikan dan menjual produk mereka. Kebanyakan kerja outbound diserahkan kepada kepada syarikat yang benar-benar pakar

3. Hire consultant untuk menasihat dan melatih staf

Kita boleh cari dan hire consultant yang benar-benar pakar (macam Jootawan) untuk menasihat dan melatih staf sales kita.

4. Belajar buat sendiri

Saya letak langkah ini sebagai terakhir sebab ianya paling kurang digunakan oleh syarikat-syarikat besar. Tapi orang kita paling suka yang ini iaitu belajar buat sendiri.hehe. Ianya mengambil masa yang paling lama berbanding 1, 2, dan 3

Senarai diatas saya susun mengikut keutamaan kepada syarikat. Terpulang anda nak ikut yang mana. Kalau jumpa saya, or komen dibawah, mungkin saya boleh berkongsi lebih details dari segi kos dan keberkesanan tu yang mana lebih bagus.

Komen