Lautan Bisnes dan Hutan Bisnes. Bersediakah Anda?

Setiap bisnes akan ada turun naiknya. Tak pernah ada bisnes yang sentiasa naik saja. Apple pernah hampir muflis satu ketika dulu dan kini bernilai hampir 1 TRILLION USD. Petronas pernah begitu gah satu masa dulu. Kini juga sedang mengalami masalah akibat harga minyak jatuh. Yahoo pernah jauh lebih besar daripada Google dan kini Yahoo jauh kebelakang sehingga terpaksa membuang puluhan ribu perkerja.

Siapa yang baru nak mula berniaga, ingatlah dunia perniagaan ni tak se’grand’ yang anda impikan. Anda boleh untung berjuta-juta. Anda juga boleh rugi berbillion-billion. Bersediakah anda untuk melalui saat-saat getir? Atau anda hanya nampak yang indah-indah saja?

Bagi mereka yang dah mulakan bisnes, beringatlah bahawa ada pasang dan surutnya lautan bisnes. Bila pasang kita bersedia untuk waktu surut. Bila surut, kita jangan mengalah kerana akan tiba juga waktu pasang.

Untuk bisnes yang sedang melonjak naik, ketahuilah bahawa lonjakkan itu juga dugaan. Jangan sombong, bongkak. Jangan boros, riak. Hati-hati dilambung ombak kerana bila dilambung, sudah tentu akan jatuh ketanah jua satu masa nanti.

Kepada yang dah lama berbisnes, saya yakin anda tahu ‘hutan bisnes’ ini adalah hutan yang sunyi. Kita penerokanya. Kita dah pernah berjumpa beruang, tebuan, nyamuk, harimau. Kita juga dah berjumpa emas, air yang jernih, udara yang nyaman. Berpesan-pesanlah kepada mereka yang masih baru atau belum menjalankan bisnes dengan pesan yang benar tentang gelora bisnes.

Komen