Buat apa saja bisnes, gagal lagi. Dimana silapnya?

Menjawab soalan salah seorang rakan di channel telegram saya, saya nak kongsikan jawapannya.

1. Tak cukup resipi bisnes.

Bisnes ni macam masak juga. Ada rempah ratus, bahan-bahan, alatan, saya boleh kata anda tak cukup lagi resipi. Setiap kali masak, bahan-bahan tak cukup, masakan takkan jadi. Bayangkan kita nak buat kuih tapi tak ada oven dan gula. Buat kuih apa pun tak jadi.

2. Tak ada plan sebelum bisnes.

Planning adalah sangat-sangat penting sebelum mulakan bisnes. Saya sendiri pernah nak buka restoran, kedai sukan, butik, bisnes retails, dan macam-macam lagi tetapi selepas terjemahkan plan saya kedalam kertas (evernote) selama sebulan, saya tak jadi buat bisnes tu sebab susah nak untung dan saya ada idea lain yang lebih berbaloi.

3. Gagal melihat nombor

Bisnes dan nombor berpisah tiada. Nak master bisnes, kuasai nombor. Bukan nombor tarikh lahir, tapi akaun. Cashflow projection, in n out, costing, cost per customer acquisition, cost of operations, monthly marketing budget, revenue projection, expected income, PnL milestone

4. Cari pakar utk ‘bagi nyawa’

Anda boleh minta pakar samada mentor, consultant, staf, yang power untuk menyembuhkan bisnes anda.

5. Banyakkan sedekah

Bagi saya, sedekah yang terbaik adalah bila kita sangat memerlukan duit. Kena ingat sehebat mana pun bisnes kita dan ilmu kita, tetap tak boleh lawan kuasa Allah. Sedekah pada mak ayah, adik beradik, walaupun kita sendiri cukup makan. Kalau orang minta pinjam duit, usahakan utk bantu dia. InsyaAllah Allah akan bantu bisnes kita. Selalu ingat, investment dan pelaburan yang tak pernah gagal beri pulangan adalah sedekah.

Komen