Apa Erti Kejayaan Yang Sebenar?

Masa zaman Nabi dulu, sahabat berkerja keras sebab nak tunjuk pada Allah. Mereka buat bukan nak tunjuk pada orang lain.

Ada satu waktu dulu saya sempat berbual dengan seorang Ustaz. Saya tanya dia..

“Macam mana nak buat kerja kerana Allah? Niat selalu nak kerja kerana bos, kerana duit, kerana pangkat, kerana harta. Sama juga hal nya dengan bisnes. Macam mana ya?”

Ustaz pun menjawab, masa kita buat kerja atau bisnes, niat dan tingkahlaku mestilah kerana Allah. Maka apa yang kita lakukan, haruslah mengikut syarak. Ikutlah undang2 dan arahan selagi ia tidak melanggar syarak.

Dari segi ‘big why’ kita, niatkan yang baik2. Niat yang Allah suka supaya Allah bagi ganjaran yang baik-baik juga dan memberkati bisnes dan pekerjaan kita.

Temubual ini ada dimuatkan dalam buku Kejayaan Hakiki. Buku ini memuatkan kisah-kisah temubual saya dengan Ustaz Asyraf. Banyak perkongsian Ustaz hasil pertanyaan saya tentang erti kejayaan sebenar. Saya memang suka tanya pasal topik kejayaan. Sebab tu juga saya namakan buku tersebut ‘Kejayaan Hakiki’ iaitu suatu matlamat yang patut dijadikan objektif utama umat Islam.

Saya sendiri sebelum belajar melalui temubual-temubual saya dengan ahli agama ni banyak terikut-ikut cara kejayaan barat. Masalahnya barat banyak yang mengajar kejayaan didunia saja.

Komen