Apa Aset Paling Mahal Dalam Bisnes?

Tak semestinya kita ada cawangan berlambak2 ianya menjadi aset plg mahal kita. Tak semestinya ada staf yg ramai ianya menjadi aset bisnes kita.

Aset paling mahal dalam bisnes adalah KEPERCAYAAN.

Bagaimana kita buat partner kita percaya pada diri kita dan masa depan bisnes kita. Itu aset yg sgt bernilai.

Bagaimana kita buat pelanggan kita percaya pada brand kita, itu juga aset yg sangat mahal harganya.

Saya pernah jumpa seorg multijutawan yg sedang merudum bisnes dia dengan satu panggilan dia boleh minta kawan dia pinjamkan Rm 4 juta kepada dia tanpa cagaran dan tanpa interest. Sebab apa? Sebab kawan dia percaya pada dia.

Pernah terjadi dalam syarikat saya, saya memberi pelbagai tunjukajar, wang dan berkongsi masadepan kerana percaya kepada staf tersebut.

Zaman sekarang ni, bisnes tikam belakang, staf tikam belakang, partner tikam belakang, adalah satu benda negatif yg normal.

Apa yang tak normal adalah kesetiaan dan kepercayaan yg berkekalan.

Mudah untuk mendapatkan kepercayaan tetapi hampir mustahil untuk mengembalikan kepercayaan.

So jagalah sebaiknya kepercayaan yg diberi kepada kita baik dari partner, rakan, majikan, dan lebih penting adalah pelanggan.

Komen